fb fb fb fb fb

Kenaikan gaji minimum mampu kurangkan pengangguran - Pakar

Foto kecil: Prof Madya Dr Mustazar Mansur

KUALA LUMPUR, 3 Februari- Kenaikan kadar gaji minimum kepada RM1,700 sebulan yang mula berkuat kuasa pada 1 Februari lalu berpotensi mengurangkan kadar pengangguran negara.

Pakar ekonomi, Prof Madya Dr Mustazar Mansur, Pensyarah Kanan di Fakulti Ekonomi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berpendapat pelaksanaan perintah gaji minimum baharu itu akan mengubah corak pasaran tenaga kerja khususnya pergerakan pasaran buruh di Malaysia.

"Beberapa syarikat besar akan menawarkan kadar upah yang lebih tinggi terutama kepada buruh berkemahiran tinggi. Ini akan memberi manfaat kepada pekerja dalam kategori ini serta siswazah yang akan menerima tawaran upah yang lebih tinggi berbanding kadar semasa," katanya kepada RTM.

Tambahnya, pelaksanaan gaji minimum itu juga dijangka mencipta lebihan tenaga buruh berbanding permintaan daripada majikan.

Seramai 4.37 juta pekerja dijangka menerima manfaat daripada gaji minimum RM1,700 sebulan berbanding RM1,500 sebelum ini.

SITI AISHAH MD ISA