fb fb fb fb fb

Kemurungan dalam kalangan doktor pelatih perlu rawatan segera

KUALA LUMPUR, 10 Mei - Masalah tekanan jiwa dalam kalangan pegawai perubatan dilihat membimbangkan.

Ini terutama melibatkan pegawai perubatan baharu yang terjadi akibat dibuli oleh pegawai perubatan lain.

Pendedahan membabitkan bebadan kerja dan tekanan jiwa oleh sebilangan doktor pelatih di media sosial telah menunjukkkan agak ramai antara mereka yang mengalami kemurungan.

Sehubungan itu Pakar Perunding Psikiatri UITM Private Specialist Centre, Dr Jannah Nasution berkata mana-mana pengawai perubatan yang mengalami tanda-tanda tekanan akibat dibuli perlu dirujuk kepada pakar psikiatri dengan segera untuk pengesanan awal. 

Ini bagi mengelakkan tindakan luar kawalan buruk seumpana bunuh diri daripada berlaku.


(Dr Jannah berkata demikian dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia
/FOTO YOUTUBE SALURAN BERITA RTM)

"Mereka yang nampak ada perubahan seperti ini (tekanan dan kemurungan) kebanyakan doktor-doktor di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) atau hospital Universiti terus akan merujuk doktor- doktor muda ini kepada kita. Dan kita dapati ia lebih senang apabila kita bantu dari awal kerana masalah ini dapat dielakan daripada menjadi lebih teruk," kata Dr Jannah di Angkasapuri.

Media Baharu