fb fb fb fb fb

Kementerian sedia bekerjasama jika ada siasatan berhubung penjualan saham Menara KL -Fahmi Fadzil

(Menteri Komunikasi dan Digital. Fahmi Fadzil/BERNAMA)

KUALA LUMPUR, 27 Disember- Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) akan meneliti dan memantau rapat isu penjualan saham Menara Kuala Lumpur dan bersedia untuk memberi kerjasama penuh jika pihak berkuasa melakukan sebarang siasatan berhubung isu tersebut.

Menterinya Fahmi Fadzil berkata,beliau telah diberikan taklimat terperinci berkaitan konsesi pengurusan Menara KL daripada KKD pada 14 Disember lalu.

“Saya memandang serius isu yang dibangkitkan di media sosial serta soalan-soalan yang ditanya media berhubung pengambilalihan pengurusan Menara KL melalui pegangan saham penuh daripada pihak Telekom Malaysia (TM) melalui anak syarikatnya Menara Kuala Lumpur Sdn Bhd kepada Hydroshoppe Sdn Bhd.

(FOTO HIASAN/BERNAMA)

“Saya difahamkan bahawa konsesi pengurusan Menara KL kini dalam tempoh interim ketiga sehingga 31 Disember 2022 oleh Menara Kuala Lumpur Sdn Bhd,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Fahmi berkata, satu lagi taklimat menyeluruh akan diberikan pihak Telekom Malaysia (TM) pada 3 Januari depan berhubung pengambilalihan pengurusan Menara KL kepada pihak kementerian.

Media Baharu