fb fb fb fb fb

Kementerian Pendidikan gembira peruntukan besar buat sektor pendidikan

(Foto Hiasan)

KUALA LUMPUR, 7 Oktober- Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin menyambut baik serta berterima kasih kepada kerajaan yang memberikan peruntukkan terbesar sejumlah RM55.6 billion terutamannya melibatkan murid di sektor persekolahan.

Dalam satu hantaran di laman Facebooknya, beliau yakin Bantuan Awal Persekolahan (BAP) tahun 2023 sejumlah RM150 ringgit setiap seorang anak memberikan kegembiraan kepada semua ibu bapa di Malaysia.

"Bantuan tersebut dijangka memberi manfaat lebih lima juta murid dan melibatkan peruntukan RM825 juta berbanding RM450 juta pada tahun 2022,"katanya.

Tambahnya, KPM menzahirkan ucapan terima kasih atas kenaikan kadar Rancangan Makanan Tambahan (RMT) yang berkuatkuasa bulan ini.


(Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin)

Media Baharu