fb fb fb fb fb

Kementerian Komunikasi umumkan Pakej RAHMAH Prabayar untuk pelajar ke IPTA

Fahmi Fadzil bercakap pada sidang media ketika menghadiri Program Institut Perhubungan Awam Malaysia ( IPRM), Persidangan Etika dan Tanggungjawab Komunikasi di Putrajaya

PUTRAJAYA, 16 Julai- Pakej RAHMAH Prabayar siswa khusus untuk lepasan menengah yang melanjutkan pelajaran di Institut Pengajian Tinggi Awam diperkenal.

Pakej serendah RM30 untuk 30GB dengan tempoh sah selama 180 hari itu bagi mengurangkan beban kos sara hidup mahasiswa dan Pelajar Institut Latihan Kemahiran Awam.

Pakej khas itu boleh dilanggan bermula 16 ogos.

Jelas Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, inisiatif itu dilaksana hasil kolaborasi bersama lima syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi.

“Pakej RAHMAH Prabayar Siswa ini boleh dilanggan mulai 16 Ogos 2024 menerusi lima syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi, iaitu CelcomDigi, Maxis, U Mobile, TM Tech dan YTL Communications (YES). Pakej ini ditawarkan pada harga lebih rendah, iaitu tidak melebihi RM30 dengan minimum permulaan data sebanyak 30GB untuk tempoh sah laku selama 180 hari,"katanya.

Beliau berkata demikian dalam Program Institut Perhubungan Awam Malaysia ( IPRM) , Persidangan Etika dan Tanggungjawab Komunikasi di Putrajaya.

Program diadakan sempena Hari Perhubungan Awam Sedunia dan dihadiri peserta daripada 17 universiti tempatan.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE