fb fb fb fb fb

Kembara solo merentas enam negara Eropah, kibar Jalur Gemilang

KUALA LUMPUR, 2 September- Selama 17 hari menunggang motosikal secara solo merentasi enam negara Eropah membawa Jalur Gemilang.

Itulah semangat patriotisme yang dizahirkan Aidarina Jakaria atau lebih dikenali sebagai Aida R-One.

Penunggang Wanita Borneo Pertama Jelajah Dunia Eropah ini berbangga membawa nama Malaysia seterusnya mengibarkan Jalur Gemilang di Switzerland, Itali, Jerman, United Kingdom, Perancis dan Austria.

Perjalanan hampir 4,000 kilometer bermula 21 Julai hingga 2 Ogos lalu bukti wanita juga mampu berdepan cabaran getir sepanjang kembara di negara asing berbekalkan persediaan rapi dari segi mental dan fizikal.

"Melibatkan dalam sukan contohnya, pasti kita akan ingin satu kejayaan dan kejayaan itu bukan untuk diri sendiri tapi untuk negara kita, Malaysia. Jadi apabila kita berjaya, pasti kita akan kibarkan bendera Malaysia, bendera negeri kita yang kita cintailah. Maka itu saya rasa dapat memupuk semangat patriotik kita, lebih jati dirilah sebagai rakyat Malaysia," katanya.

Aida berkata demikian kepada pemberita selepas menjadi tetamu dalam program bual bicara di Angkasapuri.


(Penunggang Wanita Borneo Pertama Jelajah Dunia Eropah, Aidarina Jakaria)

Media Baharu