fb fb fb fb fb

Pengagihan PerantiSiswa Keluarga Malaysia bermula esok

KUALA LUMPUR, 02 Septembe- Hampir 97,000 permohonan untuk tablet percuma bagi Program PerantiSiswa Keluarga Malaysia fasa satu telah diterima setakat ini.

Setiausaha Bahagian Infrastruktur dan Aplikasi Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Mohd Nazrol Marzuke berkata, pengagihan tablet itu akan dilaksanakan secara berperingkat mulai esok.

"Pelancaran rasmi inisiatif PerantiSiswa Keluarga Malaysia YAB Perdana Menteri di UiTM, Dewan Agung Tuanku Canselor UiTM, 2.30pm (petang). Itu merupakan pengagihan pertama. Itu fasa pertama yang telah berjaya, kita akan agihkan secara peringkat bermula esok di Zon Tengah. Zon-zon lain yang ada lima zon berbeza... akan berlaku secara berfasa mulai minggu hadapan, untuk fasa pertama," kata Mohd Nazrol selepas menjadi tetamu program Selamat Pagi Malaysia di TV1.

(Mohd Nazrol ditemui selepas menjadi tetamu program Selamat Pagi Malaysia)

Sementara itu, bagi yang belum memohon, Kementerian Komunikasi dan Multimedia masih membuka permohonan PerantiSiswa Keluarga Malaysia bermula 1 Ogos hingga 30 September ini.

"Kita sekarang berada dalam fasa kedua. Permohonan 1 Ogos tempoh hari akan berakhir pada 30 September. Dua bulan kita buka dan permohonan yang kita terima setakat ini hampir 50,000.

"Jadi kita buka lagi kepada mahasiswa dan yang penting, fasa kedua kita buka kepada institusi-institusi selain bawah KPT. Sekarang kita buka kepada kolej matirkulasi, kolej vokasional, pelajar tingkatan 6 juga boleh memohon dan pelajar asasi di KPT juga dibuka termasuk ASWARA. Itu antara penambahbaikan yang yang kita buat dalam fasa kedua," katanya.

 

Media Baharu