fb fb fb fb fb

Kemas kini prosedur pengurusan pengembara yang tiba dari luar negara melalui VTL, LITB DAN OSC

FOTO GOOGLE

PUTRAJAYA, 28 Februari- Kementerian Kesihatan KKM hari ini memutuskan untuk menggugurkan keperluan menjalani ujian RTK-Ag (kendiri) pada hari ke-2, ke-4 dan ke-6 selepas ketibaan bagi pengembara dari Vaccinated Travel Lane (VTL) Malaysia-Singapura, untuk kedua-dua laluan udara dan darat, Gelembung Pelancongan Antarabangsa Langkawi (LITB) dan One Stop Centre (OSC) untuk pelawat perniagaan jangka pendek.

Dalam satu kenyataan, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata selain itu, keperluan menjalani ujian RTK-Ag (profesional) pada hari ke-3 dan ke-5 selepas ketibaan bagi pengembara dari ketiga-tiga kategori tersebut turut digugurkan.

KKM juga menggugurkan keperluan menjalani ujian RT-PCR atau RTK-Ag (Profesional) bagi pengembara di bawah LITB sebelum keluar dari Pulau Langkawi; serta menggugurkan keperluan menjalani ujian RTK-Ag (kendiri) pada setiap hari sepanjang tempoh kuarantin wajib bagi pengembara umum yang tiba dari United Kingdom.

Tambah Khairy, KKM turut menggugurkan keperluan Pegawai Pengiring atau Liaison Officer (LO) bagi pelawat perniagaan jangka pendek di bawah MIDA yang menggunakan kemudahan One-Stop Centre (OSC) untuk memasuki Malaysia.

Namun, mereka masih perlu mengikuti jadual program terkawal (controlled itinerary) yang telah dikemukakan dan diluluskan oleh Jawatankuasa OSC.

(Prosedur baharu tersebut hanya terpakai ke atas pengembara yang memasuki Malaysia melalui program VTL, LITB dan OSC sahaja)   FOTO GOOGLE

Walau bagaimanapun, ujian pengesanan COVID-19 yang perlu dijalani dua (2) hari sebelum berlepas ke Malaysia dan semasa ketibaan di Malaysia masih dikekalkan.

Tegas Khairy, prosedur baharu tersebut hanya terpakai ke atas pengembara yang memasuki Malaysia melalui program VTL, LITB dan OSC sahaja.

Bagi pengembara-pengembara yang bukan memasuki Malaysia melalui tiga program yang dinyatakan, prosedur atau protokol sedia ada masih terpakai.

Kemaskini prosedur yang dinyatakan melalui Kenyataan Media ini akan berkuatkuasa mulai 3 Mac 2022.

Justeru, KKM ingin menegaskan semua pengembara yang terlibat supaya bertanggungjawab dengan sentiasa mematuhi arahan serta SOP yang telah ditetapkan.

Prosedur pengurusan pengembara yang tiba dari luar negara akan disemak dari semasa ke semasa.

Media Baharu