KUALA LUMPUR, 27 April- Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) meraih Anugerah Jenama Paling Dipercayai bagi Kategori Pusat Pembelajaran Prasekolah Pilihan Pengguna di Malaysia buat kali ke-5 telah oleh Reader’s Digest pada tahun ini.
Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Hajah Rubiah Haji Wang hadir menerima anugerah tersebut sempena Majlis Ulang Tahun ke-26 Trusted Brands yang diadakan di Grand Hyatt Hotel Kuala Lumpur.
Kali pertama KEMAS meraih anugerah tersebut adalah pada 2017, diikuti pada 2020.
Penganugerahan kali kelima itu juga membuktikan komitmen yang tinggi serta berterusan oleh KEMAS dalam menyediakan perkhidmatan pendidikan awal kanak-kanak yang berkualiti kepada rakyat Malaysia khususnya kepada masyarakat luar bandar.
Pelaksanaan Program TABIKA Pra Tahfiz KEMAS turut menyumbang kepada kepercayaan ibu bapa dan masyarakat terutamanya dalam undian yang dilaksanakan oleh pihak Reader's Digest mengenai pandangan pengundi terhadap sistem pendidikan pra sekolah di Malaysia.
Turut hadir, Ketua Pengarah KEMAS, Datuk Ahmad Kamal Idris Mohd Nawawi, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan dan Pembangunan), Rafea'ah Nahar, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), Zairuddin Mat Zuini, Pengarah-pengarah Bahagian & KEMAS Negeri serta pegawai-pegawai KEMAS.