
SERIAN, 28 Ogos – Seorang lelaki maut dalam nahas jalan raya membabitkan dua buah lori di Jalan Sungai Menyan, di sini, petang tadi, manakala tiga individu lagi cedera ringan dalam insiden tersebut.
RINGKASAN BERITA AI
- Panggilan kecemasan diterima pada pukul 2.50 petang.
- Mangsa tersepit di bawah lori yang terbalik di lokasi kejadian.
- Lapan anggota dan sebuah jentera BBP Serian digerakkan untuk operasi penyelamatan.
Menurut laporan Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak, panggilan kecemasan diterima pada pukul 2.50 petang.
“Mangsa yang tersepit di bawah lori yang terbalik, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
“Tiga individu lagi yang dilaporkan cedera dihantar ke Hospital Serian untuk mendapatkan rawatan,” menurut laporan itu.
Lapan anggota dengan sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Serian digerakkan ke lokasi untuk melakukan operasi penyelamatan.