fb fb fb fb fb

Kelulusan tender RTB Johor guna laluan pantas

(Foto fail)

KUALA LUMPUR, 14 Mac- Proses kelulusan tender terhad bagi projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) di Johor akan menggunapakai kaedah laluan pantas atau 'fast-track.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kaedah itu bagi memastikan pembinaannya dapat disegerakan dan selesai pada Jun ini.

"Kalau kita gunakan proses tender biasa tak boleh dalam Jun, Julai. Sebab itu saya minta buat 'fast track' (laluan pantas) supaya dapat diselesaikan bulan Jun dan 'take off' (mula beroperasi) bulan Julai," kata beliau di Parlimen.

Kaedah sama turut digunakan dalam Projek RTB di Terengganu dan Kedah; selain Projek Lembangan Sungai Bersepadu Sungai Golok Fasa Tiga, Kelantan.

Setakat semalam, belum ada mana-mana syarikat dianugerahi tender projek RTB di Johor dan beberapa negeri lain.

(Datuk Seri Anwar berkata kelulusan tender RTB Johor guna laluan pantas)

Media Baharu