fb fb fb fb fb

Banjir Johor: Kerugian kerosakan jalan cecah RM168 juta

JOHOR BAHRU, 14 Mac- Nilai kerugian awal kerosakan jalan akibat banjir di Johor mencecah RM168 juta, setakat minggu lepas.

Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur, Ir Mohamad Fazli Mohamad Salleh berkata, jumlah itu dijangka bertambah selepas banjir surut sepenuhnya.

Jabatan Kerja Raya (JKR) dan beberapa syarikat konsesi masih memantau lokasi banjir untuk membuat penilaian kerugian keseluruhan.

Menurut beliau, jalan-jalan dan infrastruktur di Segamat paling terjejas.

"Selain jalan ada kerosakan cerun akibat banjir cerun ada juga jambatan mengalami kerosakan. Tapi bawah portfolio saya ada bekalan elektrik dan bekalan air. Ada juga paip-paip air yang bengkok dan patah akibat hujan dan ada laporan tentang tiang-tiang elektrik hampir tumbang akibat banjir," kata Mohamad Fazli.

Jelas beliau kerajaan negeri juga melakukan perbincangan dengan Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Syarikat Air Johor (SAJ) untuk mendapatkan kos sebenar baik pulih fasiliti elektrik dan air.

(Mohamad Fazli ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Penyerahan Projek Menaik
Taraf Jalan Utama Gelang Patah- Ulu Choh, J7, Johor Bahru)

 

Media Baharu