Kelibat gajah liar gemparkan penduduk Kemaman

Seekor gajah dikesan berada di sekitar Kemaman, Terengganu.

KEMAMAN, 16 Julai – Kelibat seekor gajah yang dikesan berkeliaran berdekatan Pekan Kemasik hingga Bandar Chukai di sini mengemparkan penduduk setempat.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kemunculan gajah menimbulkan kebimbangan tentang keselamatan pengguna jalan raya di laluan utama kawasan itu.
  • Penampakan kali pertama sejak lebih 50 tahun lalu, menurut penduduk.
  • Video rakaman tular menunjukkan gajah berada di tepi jalan utama awal pagi.
  • Perhilitan giat mengesan; polis mengesahkan haiwan dipercayai masih berada dalam hutan berhampiran.

Kemunculan haiwan liar itu turut menimbulkan kebimbangan mengenai tahap keselamatan orang awam terutama yang menggunakan di laluan utama di kawasan berkenaan.

Menurut penduduk, penampakan gajah di kawasan itu adalah kali pertama sejak lebih 50 tahun lalu.

Haiwan itu dilapor berada di kawasan tepi jalan utama awal pagi Rabu lalu dengan video rakaman mengenai kejadian itu turut tular dalam media sosial.

Seorang penduduk, Azra Wahid mengakui bimbang dengan kehadiran haiwan tersebut.

“Memang bahaya sebab dia binatang besar, takut gajah itu menganggu penduduk. Ini adalah kali pertama gajah berada di kawasan ini,” katanya.

Norzuriati Razali pula bimbang sekiranya gajah berkenaan dilanggar oleh pengguna jalan raya yang kerap menggunakan laluan utama dari Kuala Terengganu ke Kuantan itu.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Mohd Razi Rosli mengesahkan, pihak perhilitan daerah giat mengesan haiwan tersebut yang dipercayai masih berada dalam hutan berhampiran.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.