fb fb fb fb fb

Kelantan catat 40 kemalangan maut sepanjang April

Foto Fail

GUA MUSANG, 28 April- Sebanyak 40 kes kemalangan maut dilaporkan berlaku di Kelantan sepanjang tempoh bermula 1 April sehingga 26 April lalu.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata 70 peratus daripada kemalangan itu melibatkan pengguna motosikal.

"Daripada 1 April hingga 26 April, sudah 40 kematian dicatatkan. 

"Jadi saya tengok daripada bulan lepas. Memang motosikal penyumbang terbesar.

"Kita mengadakan operasi setiap masa. Kita adakan Op Samseng bagaimana kelakuan mereka di jalan raya yang boleh menyebabkan kemalangan.

"Dia (penunggang motosikal) buat aksi 'wheelie' dan sebagainya yang tak menentu. Satu membahayakannya dan kedua orang lain. Banyak kejadian melibatkan orang lain," katanya selepas Majlis Sambutan Hari Raya Ibu Pejabat Polis Daerah Gua Musang di sini.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM