PUTRAJAYA, 2 Februari - Pembukaan semula sektor ekonomi antara faktor berlaku kekurangan bekalan minyak masak dan telur ayam yang dikatakan berlaku di beberapa negeri.
Menurut Pengarah Penguat Kuasa, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Azman Adam, pembelian berskala besar untuk diagihkan kepada penduduk terjejas banjir baru-baru ini, turut menyumbang kepada situasi sama.
Antaranya, pembukaan semula sektor ekonomi dan aktiviti pembelian berskala besar untuk diagihkan kepada penduduk terjejas banjir, baru-baru ini.
Bagaimanapun, pihaknya akan terus memantau keadaan itu bagi memastikan bekalan mencukupi.