fb fb fb fb fb

JPM tidak campur tangan, RCI Tabung Haji

 

IPOH, 2 Februari - Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) mengambil pendekatan tidak akan mencampuri siasatan melibatkan isu pengurusan dan operasi Tabung Haji.

Menterinya, Idris Ahmad, berkata, pihaknya memberi kepercayaan penuh terhadap Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat isu berkenaan.

Ujar beliau, masih terlalu awal untuk memperincikan keputusan siasatan tersebut.

RCI berkenaan telah memulakan tugas dengan mengadakan mesyuarat pertama Rabu lepas.

"RCI sudah berjalan dan kita independant, mereka yang terlibat terdiri dari kalangan yang kita anggap autoriti dan ada integriti serta mempunyai kepercayaan daripada masyakat awam yang baik. Kita tak masuk campur, hanyalah senarai nama itu kita bagi kepada Yang Dipertuan Agong telah memberikan tauliah, maka kita memberikan kebebasan kepada mereka untuk melakukan apa saja dalam soal RCI ini", kata Idris Ahmad ditemui pada majlis penyampaian sumbangan skuad Musa’adah Keluarga Malaysia kepada penduduk terjejas ribut di Ipoh.

Pada 14 Julai tahun lepas kerajaan bersetuju menubuhkan RCI di bawah Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 (Akta 119) bagi menyiasat isu-isu berkaitan Tabung Haji.

Media Baharu