fb fb fb fb fb

Kejohanan Menembak RMP Open Championship 2023 Level III tersenarai dalam MBOR

PUTRAJAYA, 4 Mei- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa kira-kira 30 minit melawat Kejohanan Menembak RMP Open Championship 2023 Level III.

Beliau diiringi Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution dan Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain turut melawat fasiliti yang terdapat di Kelab Menembak Sasaran Shapadu (KMSS).

Antara fasiliti yang terdapat termasuklah rumah kelab, 'gun test' dan lurah menembak yang lengkap.

Kejohanan Menembak RMP Open Championship 2023 Level III berlangsung selama tujuh hari sehingga 7 Mei.

(Foto fail)

Kejohanan tersebut juga akan tercatat dalam Malaysia Book of Records (MBOR) sebagai kejohanan menembak yang menerima penyertaan peserta paling ramai iaitu seramai 787 orang.

Ia turut disertai peserta luar negara yang terdiri daripada Indonesia, Thailand, UAE, Hong Kong, Singapura dan Filipina.

Media Baharu