fb fb fb fb fb

Kejadian tembakan: Rakyat Malaysia di Muscat dinasihat sentiasa waspada

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 16 Julai- Kementerian Luar Negeri, melalui Kedutaan Besar Malaysia di Muscat, Oman sedang memantau rapat perkembangan susulan insiden tembakan di sekitar sebuah masjid di wilayah Wadi Al Kabir awal hari ini (16 Julai).

Wisma Putra menerusi satu kenyataan hari ini memberitahu, rakyat Malaysia di kawasan terjejas dinasihatkan untuk berwaspada dan berhati-hati dan mengikuti perkembangan terkini serta nasihat yang telah dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan.

Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular atau mempunyai sebarang pertanyaan lanjut dinasihatkan untuk menghubungi Kedutaan Besar Malaysia.

Sebarang perkembangan terkini mengenai kejadian ini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE