fb fb fb fb fb

Kedaulatan undang-undang, agenda ekonomi rakyat, teras pembangunan ASEAN - PM

THAILAND, 10 Februari - Kedaulatan undang-undang dan agenda ekonomi rakyat perlu dijadikan teras dalam pembangunan ASEAN akan datang.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata menerusi teras tersebut ASEAN perlu terus kehadapan dalam pelbagai sektor.


(Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim)

Beliau ketika berucap di Majlis "The Future of ASEAN anjuran Malaysian-Thai The Chamber of Commerce(MTCC) turut terharu terhadap perkembangan positif kerjasama dua hala antara Malaysia dan Thailand.

Menurutnya meskipun lawatan ke Thailand agak singkat namun beberapa hal ASEAN dapat dibincangkan dan dilaksanakan dengan jayanya.

"Demokarasi adalah mengenai akauntabiliti. Pemimpin bukan sahaja bertanggunghawab setiap empat hingga lima tahun kepada rakyat mereka, tetapi terhadap mandat yang diberi. Semangat perlembagaan kepada rakyat untuk mengemudi kerajaan yang bersih yang dapat mempromosi dan memacu ekonomi sekali gus, memastikan keadilan kepada semua.

"Kita harus pastikan, kedaulatan undang-undang akauntabiliti demokrasi dan saya yakin bahawa ekonomi mesti didorong, bukan untuk memenuhi kepentingan segelintir orang tetapi untuk kepentingan rakyat majorit,"katanya di sini.

Tambahnya lagi, majlis ini penting untuk kedua-dua negara mendapatkan pandangan daripada pemain industri perniagaan mengenai ekonomi pelancongan.

Dalam majlis tersebut juga, Datuk Seri Anwar turut menyentuh mengenai komitmen Malaysia untuk menyelesaikan krisis di Selatan Thailand dan Rohingnya di Myammar serta sektor ekonomi digital.

Media Baharu