fb fb fb fb fb

Banjir di Johor pulih sepenuhnya

JOHOR BAHRU, 10 Februari- Banjir di Johor pulih sepenuhnya selepas pusat pemindahan sementara (PPS) terakhir yang beroperasi iaitu PPS Balai Raya Kampung Seberang Batu Badak di Segamat yang dibuka sejak 24 Januari lalu ditutup pada pukul 1.00 tengah hari tadi.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) memaklumkan, PPS berkenaan sebelum ini menempatkan 22 penduduk daripada tujuh keluarga dari Kampung Seberang Batu Badak.

Johor mula dilanda banjir sejak 24 Januari lalu, yang menjejaskan lebih 5,000 penduduk daripada 1,508 keluarga.


(Foto fail)

55 PPS dibuka sepanjang tempoh berkenaan.

Tujuh daerah terjejas iaitu Segamat, Mersing, Kota Tinggi, Pontian, Kluang, Batu Pahat dan Muar.

Media Baharu