KELANA JAYA, 19 Januari - Lebih 25,000 kedai koperasi sedia ada di jabatan dan agensi kerajaan akan dimanfaatkan untuk membantu penjawat awam dalam kelompok B40.
Inisiatif bersama CUEPACS dan Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA), menawarkan barang keperluan asas pada harga rendah.
"100 barangan harian utama yang digunakna oleh rakyat dan penjawat awam ini boleh didapati di rangkaian-rangkain kedai koperasi apatah lagi kedai koperasi yang sedia ada di sektor awam ini di apa nama peringkat setempat jabatan tersebut untuk kami salurkan semua keperluan barangan ini dan justeru itu kami mampu sedikit sebanyak mengurangkan beban dan kesan kenaikan harga barang kepada penjawat awam." Kata Presiden CUEPACS, Datuk Adnan Mat bercakap kepada media di Kelana Jaya.
Turut hadir Presiden ANGKASA, Datuk Abdul Fattah Abdullah.
Tambah Datuk Adnan, Sekurang-kurangnya 800,000 penjawat awam dikenal pasti tergolong dalam kumpulan B40.