fb fb fb fb fb

KEDAHfm sasar dekati pendengar, bakal laksana pelbagai program

Timbalan Ketua Pengarah Strategik RTM, Nasaruddin Abdul Mutalib (kiri) dan Pengarah KEDAHfm, Nur Hafizoh Idris ditemui selepas konsert berkenaan

ALOR SETAR, 22 Februari- Konsert hiburan sempena Hari Radio Sedunia 2025 yang dilaksana KEDAHfm malam tadi, mendapat sambutan luar biasa daripada orang ramai.

Timbalan Ketua Pengarah Strategik RTM, Nasaruddin Abdul Mutalib berkata ia merupakan satu titik permulaan untuk KEDAHfm menyusun lebih banyak program untuk mendekati pendengar.

"Nampaknya, program ini memberi peluang kepada pendengar-pendengar untuk bersua muka bersama DJ radio kita termasuk artis-artis tanah air yang kita jemput.

Kita perlu memperbanyakkan lagi program seperti ini, untuk kita mendekati pendengar dan pelanggan RTM Kedah," kata Nasaruddin kepada pemberita, pada semalam.

Beliau ditemui selepas konsert hiburan showcase sempena Hari Radio Sedunia 2025 di pekarangan RTM Kedah di Alor Setar.

Terdahulu, beliau melancarkan lagu baharu KEDAHfm dan Skuad KEDAHfm.

Lebih 2,000 peminat dan pengunjung hadir menyaksikan konsert itu yang menampilkan beberapa artis terkenal tanah air termasuklah Tam Spider, Iman Troye, Floor 88 dan Bintang Saloma KEDAHfm.
 

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM