fb fb fb fb fb

Kecemerlangan SPRM hasil transformasi besar-besaran

(Foto fail)

KUALA LUMPUR, 4 Oktober- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terus teguh membanteras ketirisan dan penyelewengan termasuk yang membabitkan kes rasuah berprofil tinggi.

Ketua Pesuruhjayanya Tan Sri Azam Baki berkata, reputasi cemerlang SPRM merupakan transformasi terbesar hasil penekanan kepada tiga strategi utama yang mendukung aktiviti penguatkuasaan.

Jelasnya, tiga strategi itu antara lain membabitkan pendidikan antirasuah bermula dari akar umbi lagi bagi mewujudkan masyarakat bebas rasuah.

"Kita telah memasukkan elemen-elemen pencegahan rasuah di dalam buku teks peringkat sekolah rendah dan juga sekolah menengah dan juga kita telah masukkan elemen pencegahan rasuah yang elektif di peringkat universiti dan pada tahun akan datang.

"Insya-Allah pada tahun hadapan subjek anti rasuah yang wajib akan diperkenalkan di universiti-universiti," kata Azam selepas diwawancara dalam rancangan Bicara Naratif di Wisma Berita, RTM di sini.

Terdahulu, beliau turut melahirkan rasa syukur dan bangga dengan pencapaian cemerlang SPRM bersempena ulang tahun ke-55 agensi penguatkuasaan itu.

(Tan Sri Azam ditemui selepas diwawancara dalam rancangan Bicara Naratif)

Media Baharu