PORT DICKSON, 3 Jun- Berpencen atau tidak berpencen kebajikan veteran tentera adalah sama rata dan terus menjadi keutamaan Angkatan Tentera Malaysia (ATM ).
Menurut Panglima Briged Pertama Infantri Malaysia, Brigadier Jeneral Mohamad Noorlizam Shamsuddin, keseluruhan veteran berdaftar seramai hampir 16,800 orang.
"Veteran ATM disarankan mendaftar keahlian dibawah Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) bagi memudahkan urusan tersebut.
"Ada veteran yang tidak berpencen berpandangan mereka tidak layak mendapat bantuan sepenuhnya daripada persatuan, sebenarnya tidak. Kami daripada pihak ATM khususnya JHEV memberi bantuan kepada semua pihak.
"Selagi mereka pernah berkhidmat sebagai tentera dan kita akan bagi bantuan," katanya kepada pemberita di sini.
(Keseluruhan veteran berdaftar seramai hampir 16,800 orang)