KUALA LUMPUR, 21 Februari- Kebajikan dan kesejahteraan pegawai dan anggota akan menjadi fokus utama Tentera Darat Malaysia (TDM) dalam keadaan ekonomi semasa.
Panglima Tentera Darat, Tan Sri Zamrose Mohd Zain berkata, perkara itu diberi tumpuan bagi memastikan setiap anggota dapat menjalani kehidupan dengan selesa di samping menjalankan tugas yang diamanahkan dengan baik.
"Kita ada 86,000 anggota tentera darat 2/3 daripada itu sudah berumah tangga, jadi kalau kita tengok seluruh malaysia ni banyaklah keperluan rumah untuk anggota. Jadi kita kena tentukan mereka ini duduk dengan selesa di samping menjalankan tugas.
"Kita kena tengok dia punya kelengkapan dari kepala sampailah ke kaki benda-benda asas untuk bertugas supaya mereka dapat bertugas sebaik mungkin," ujar beliau ketika ditemu bual di RTM.
Antara yang diberi tumpuan termasuk kebajikan keluarga seperti rumah, pendidikan dan masa depan anggota tentera selepas tamat perkhidmatan.