SEREMBAN, 29 April- Keadaan jerebu di Negeri Sembilan masih terkawal dengan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) sederhana iaitu antara 51 hingga 99.
Bagaimanapun Exco Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan, Veerapan Superamaniam menyarankan orang ramai agar tidak melakukan sebarang pembakaran terbuka yang menjadi faktor utama berlakunya jerebu di negeri itu.
"Jabatan Alam Sekitar (JAS) juga telah meningkatkan rondaan bagi memantau keadaan di Negeri Sembilan supaya kita dapat kawal pembakaran terbuka.
"Orang ramai dinasihatkan supaya tidak melakukan pembakaran terbuka sebab ini adalah musim kering musim panas dan sekiranya berlaku ia akan menjejaskan kualiti udara kita," katanya.
(Exco Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan, Veerapan Superamaniam)
Beliau menyatakan demikian kepada RTM di Wisma Negeri Seremban, di sini.