fb fb fb fb fb

KDNK Sabah dijangka terus meningkat, momentum ekonomi negeri kekal positif

Pengarah Pusat Pembangunan Ekonomi dan Dasar UMS Dr. Saizal Pinjaman

Kuala Lumpur, 17 November - Sabah berada pada landasan pertumbuhan yang stabil apabila Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negeri meningkat kepada RM84.30 bilion pada 2024, sekali gus mencerminkan momentum positif ekonomi negeri itu.

Menurut Pengarah Pusat Pembangunan Ekonomi dan Dasar, Universiti Malaysia Sabah,UMS Dr. Saizal Pinjaman, KDNK Sabah dijangka terus meningkat sekitar RM1 bilion setahun untuk beberapa tahun akan datang, disokong kekuatan pelbagai sektor utama.

"Pertumbuhan didorong sektor pelancongan, peruncitan, minyak dan gas serta komoditi, selain pembangunan pesat sektor pembinaan,termasuk projek lebuh raya Pan Borneo, pembinaan empangan hidro Tenom, projek tebatan banjir dan peningkatan air bersih, " katanya ketika menjadi tetamu dalam program Biz Malaysia yang berlangsung secara dalam talian, di TV1 .

Beliau turut menegaskan bahawa pendekatan mesra pelaburan serta kestabilan dasar ekonomi negeri menjadi pemangkin kepada keyakinan pelabur sejak dua tahun kebelakangan ini.

Begi sektor penyumbang utama, beliau menjelaskan bahawa sektor perkhidmatan, perlombongan, pertanian dan pembuatan kekal sebagai tonggak utama pertumbuhan ekonomi negeri.

Mengulas peruntukan pembangunan sebanyak RM6.9 bilion dalam Belanjawan Sabah 2026, beliau berpandangan, tumpuan perlu diberikan kepada peningkatan kemudahan asas seperti bekalan air, jalan raya, elektrik dan sambungan digital.

Selain itu,katanya Sabah perlu memberi fokus kepada pembangunan sektor ekonomi berimpak tinggi, terutama yang mampu menjana peluang pekerjaan dan hasil negeri.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE