fb fb fb fb fb

KDN hulur sumbangan kepada anggota Balai Polis Langgar terjejas banjir

FOTO POLIS DAERAH KOTA SETAR

ALOR SETAR, 8 Oktober - Seramai tujuh anggota Balai Polis Langgar yang terjejas selepas kediaman mereka dilanda banjir baru-baru ini menerima sumbangan daripada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Sumbangan disampaikan oleh Setiausaha Politik kepada Menteri Dalam Negeri, Omar Mokhtar A. Manap di Balai Polis Langgar.

Turut hadir, Timbalan Ketua Polis Kedah, Timbalan Pesuruhjaya Polis DCP Baderulhisham Baharudin, dan Ketua Polis Daerah Kota Setar, Penolong Pesuruhjaya Polis ACP Siti Nor Salawati Saad serta pegawai kanan dan anggota IPD Kota Setar.

Polis Daerah Kota Setar dalam kenyataan berkata, sumbangan tersebut mencerminkan keprihatinan dan semangat kebersamaan antara Kementerian Dalam Negeri dan PDRM dalam membantu anggota yang diuji dengan bencana.

Balai Polis Langgar kini beroperasi seperti biasa selepas banjir di kawasan berkenaan telah pulih.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE