fb fb fb fb fb

KBS, Kerajaan Perak bincang tapak baharu Kompleks Sukan Seri Iskandar

Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abdul Halim

PARLIMEN, 18 Ogos – Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sedang bekerjasama dengan Kerajaan Negeri Perak bagi mengenal pasti tapak alternatif cadangan pembinaan kompleks sukan di Seri Iskandar.

Timbalan Menterinya, Adam Adli Abdul Halim berkata, isu ketersediaan tapak projek perlu diselesaikan terlebih dahulu di peringkat kerajaan negeri sebelum permohonan rasmi dikemukakan semula kepada KBS.

"Permohonan tersebut perlu mendapat kelulusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri. Ini penting agar pembinaan infrastruktur sukan yang memerlukan perancangan khusus serta rapi dapat diangkat semula melalui Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13," katanya.

Beliau menjawab soalan Ahli Parlimen Parit, Muhammad Ismi Mat Taib mengenai komitmen KBS mempercepatkan pembangunan pusat sukan atau stadium di Seri Iskandar yang telah dirancang sebelum ini.

Tambahnya, permohonan berhubung projek itu dijangka dibawa semula untuk pertimbangan RMK13, iaitu sekitar hujung tahun ini hingga tahun hadapan.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE