fb fb fb fb fb

Karnival Kita Madani X PMR, usaha perluas dasar & inisiatif kerajaan

Nik Kamaruzaman Nik Husin

MANJUNG, 1 Jun- Karnival Kita Madani X Program Madani Rakyat (PMR) Negeri Perak merupakan usaha untuk memperluas pemahaman rakyat terhadap dasar dan inisiatif kerajaan secara langsung menerusi pendekatan turun padang.

Timbalan Ketua Setiausaha (Komunikasi Strategik dan Industri Kreatif) Kementerian Komunikasi Nik Kamaruzaman Nik Husin berkata, program anjuran Jabatan Penerangan Perak itu, dihadiri lebih 1,000 pengunjung.

"Kita bawa perkhidmatan langsung kepada rakyat. Maknanya mereka tidak perlu hadir ke premis-premis kerajaan. Tetapi kita datang ke sini.

"Kita berikan perkhidmatan secara langsung dan kita juga mendapat mendengar maklum balas dan keluhan terhadap perkhidmatan yang diberi," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Karnival Kita Madani X Program Madani Rakyat (PMR) Negeri Perak di Arena Square, Taman Samudera, Seri Manjung di sini.

Sebanyak 21 agensi kerajaan dan swasta menyertai reruai pameran yang disediakan dan turut berlangsung Jualan Rahmah serta Agro MADANI.

Program tersebut juga merupakan langkah promosi kepada Program MADANI Rakyat (PMR) peringkat negeri Perak yang akan diadakan pada 13 hingga 15 Jun nanti di daerah Manjung.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka akan merasmikan acara berkenaan.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI