fb fb fb fb fb

Kajian berterusan bagi meningkatkan mutu udara dan menangani perubahan iklim

Foto RTM

KUCHING, 4 November - Kajian berterusan dalam komponen aerosol di Malaysia penting dalam usaha meningkatkan mutu udara.

Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Dato Sri Huang Tiong Sii berkata, kajian berterusan itu juga akan memastikan negara bersedia menghadapi cabaran perubahan iklim.

Ia mampu dilakukan dengan kajian dan kerjasama berterusan bersama saintis, penggubal undang-undang dan juga pemain antarabangsa berkaitan.

Datuk Sri Huang berkata demikian pada Majlis Perasmian Persidangan Aerosol Asian ke-13 di Kuching.

Tambah beliau, Malaysia telah meletakkan usaha signifikan bagi memahami dan menangani isu kompleks berkaitan aerosol.

Trainee