fb fb fb fb fb

Kadar kekeruhan air menurun, LRA Pelubang kembali beroperasi penuh

FOTO HIASAN

JITRA, 30 September- Loji Rawatan Air, LRA Pelubang di Jitra, Kedah kembali beroperasi sepenuhnya hari ini.

Sehingga pukul 10 pagi tadi, bacaan kadar kekeruhan air mentah di LRA berkenaan telah menunjukkan trend menurun dan LRA tersebut telah beroperasi sepenuhnya.

Syarikat Air Darul Aman Sdn Bhd, SADA dalam kenyataan terbaru memaklumkan, tempoh gangguan dan pemulihan bekalan air di kawasan yang terkesan adalah berbeza.

Ia bergantung kepada jarak lokasi premis pengguna dan tekanan air pada sistem agihan bekalan air.

Para pengguna yang terkesan dengan gangguan bekalan air ini akan menerima bekalan air secara berperingkat.

Semalam, SADA memaklumkan, 150,000 akaun pengguna di daerah Kota Setar; sebahagian Pendang, Kubang Pasu, Ayer Hitam, Jerlun dan Pokok Sena di Kedah mengalami gangguan bekalan air.

Ia susulan pengurangan operasi Loji Rawatan Air, LRA Pelubang disebabkan oleh kadar kekeruhan air mentah yang tinggi.

Kekeruhan tersebut disebabkan oleh faktor hujan yang lebat dan berterusan.

Ia menyebabkan LRA Pelubang hanya beroperasi pada kadar 67 peratus, petang semalam.

3009 LRA PELUBANG 2FOTO SADA

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE