
JOHOR BAHRU, 15 Februari – Penukaran kad SIM secara percuma akan dilakukan kepada mangsa kebakaran di Kampung Orang Asli Teluk Jawa menerusi inisiatif Kementerian Komunikasi melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) Johor.
- Penukaran kad SIM percuma akan dilaksanakan untuk mangsa kebakaran oleh MCMC Johor bersama syarikat telekomunikasi.
- Kira-kira 70 kad SIM rosak dalam kejadian, memotivasi tindakan segera untuk memulihkan hubungan komunikasi.
- Penukaran SIM akan diuruskan di Pusat Pemindahan Sementara Dewan Muafakat Taman Megah Ria.
- Teo Nie Ching menyerahkan sumbangan wang tunai RM500 kepada 40 keluarga Orang Asli di PPS.
Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching berkata, dianggarkan kira-kira 70 kad SIM rosak dalam kejadian Khamis lepas dan pihaknya akan bekerjasama dengan syarikat telekomunikasi bagi menguruskan penukaran berkenaan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Muafakat Taman Megah Ria, di sini.
“Syarikat telekomunikasi akan dibawa ke sini untuk membuat pertukaran supaya mereka boleh terus menggunakan telefon bimbit untuk berhubung,” katanya.
Teo berata demikian pada sidang media selepas melawat mangsa di PPS berkenaan, hari ini.
Terdahulu, Teo yang juga Pengerusi DAP Johor turut menyampaikan sumbangan wang tunai RM500 kepada 40 keluarga masyarakat Orang Asli yang ditempatkan di PPS berkenaan.