GUA MUSANG, 12 April- Lebih 500 bungkus jus mangga dan tembikai berharga RM1 sebungkus laris terjual, hanya dalam masa dua jam.
Jualan murah amal itu dilakukan pemuda, Ainon Mohamad Ikmal Abd Ghani, 23, dari Bandar Utama, di sini.
Cetusan idea daripada kenalannya itu bertujuan berkongsi rezeki dengan penduduk sekitar.
Selain menghargai pelanggan yang tidak jemu menyokong perniagaan air balang yang diusahakan sejak setahun lalu.
"Banyak kali juga dia (kawan) cadang, lepas itu dua tiga kali saya pun cuba buat. Alhamdulillah, insya-Allah kita akan buat lagi.
"Saya jual bulan puasa tahun lepas...Alhamdulillah habis awal, air hari ini tiga kali kita tambah," katanya kepada RTM.
(Ainon Mohamad Ikmal Abd Ghani)
Berbanding hari biasa, air buah itu dijual antara RM3 hingga RM5.
Menurut Ainon, beliau berhasrat menambah pelbagai menu termasuk nasi untuk dijual pada harga Rahmah.
Ia bagi bersama membantu meringankan beban masyarakat sekitar, khusus di Gua Musang.