fb fb fb fb fb

Jumlah penduduk terjejas membabitkan tiga negeri di semenanjung, berkurang sedikit

KUALA LUMPUR , 10 Januari - Jumlah penduduk terjejas membabitkan tiga negeri di semenanjung, berkurang sedikit.

Setakat pukul 6 pagi, 3,441 penduduk masih berlindung di 46 pusat pemindahan sementara (PPS) berbanding 3,445 yang direkodkan pukul 11 malam tadi, Menurut Info Bencana JKM

Di Johor 3,075 penduduk daripada 883 keluarga masih berada di 40 PPS.

Manakala di Melaka, 261 penduduk daripada 72 keluarga berlindung di tiga PPS.

"Tiga PPS tersebut adalah di Sekolah Kebangsaan Parit Penghulu Kampung Parit Penghulu (55), Sekolah Kebangsaan Seri Mendapat (20) dan Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Rambai (186)", menurut Info Bencana JKM

Di Pahang pula, jumlah penduduk ditempatkan di 3 PPS berkurang daripada 292 kepada 106.

Mereka terdiri daripada 27 keluarga.

"Mereka ditempatkan Sekolah Kebangsaan temai Pekan (66), Sekolah Kebangsaan Kampung Aur Rompin, Pahang (21) dan Balairaya Kampung Gadak, Rompin, Pahang (19)", Info Bencana JKM.

Media Baharu