KUALA LUMPUR, 10 Januari - Jumlah penduduk terjejas banjir di Johor, Melaka dan Pahang yang berada di pusat pemindahan sementara (PPS) terus berkurangan.
Di Johor, sehingga pukul 10.30 malam tadi, terdapat 3,074 penduduk masih berlindung PPS berbanding 3,441 penduduk pada sebelah petang.
Menurut Info Bencana JKM, mereka ditempatkan di 40 PPS.
Di Melaka pula, seramai 261 penduduk masih berada di tiga PPS berbanding 315 orang pada sebelah petang.
Manakala di Pahang, jumlah penduduk ditempatkan di 3 PPS berkurang daripada 292 kepada 106.