fb fb fb fb fb

Jualan Murah Keluarga Malaysia , sembilan Dun Melaka anjur setiap minggu

MELAKA, 10 September- Memasuki minggu ke empat penganjuran Jualan Murah Keluarga Malaysia (JMKM) di Melaka, ia telah berjaya dilaksana di kesemua 28 Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri itu.

Menurut Ahli Lembaga Pengarah FAMA, Datuk Ghazale Muhamad, penganjurannya di 20 DUN termasuk di DUN Telok Mas, DUN Banda Hilir dan DUN Pantai Kundor hari ini melengkap jumlah DUN yang melaksanakannya.

Jelasnya, daripada keseluruhan DUN yang melaksanakan program ini, sembilan DUN mengambil inisiatif untuk menganjurkannya pada setiap minggu.


(Ahli Lembaga Pengarah FAMA, Datuk Ghazale Muhamad)

“Jadi dengan laksananya program JMKM ini kita rekodkan semua DUN kita buat, ada sembilan DUN yang setakat ini mereka buat setiap minggu daripada 28 DUN ada sembilan DUN kita rekodkan, kita berikan ruang dan memohon kerjasama daripada pihak JAPERUN untuk membantu kami,"katanya kepada RTM ketika membuat tinjauan pelaksanaan JMKM di Pasaraya Sejati, Telok Mas.

Sebanyak 60,000 barangan meliputi sembilan item antaranya beras, minyak, gula dan telur di pasaraya ini diberi pengurangan harga sepanjang pelaksanaan JMKM pada hari ini dan esok.

Mengulas lanjut Datuk Ghazale berkata, setakat minggu lalu, program JMKM di Melaka merekodkan nilai jualan sebanyak RM1.4 juta dengan hampir RM70,000 subsidi telah disalurkan kepada peniaga terlibat untuk barangan yang ditawarkan.

Penganjuran Jualan Murah Keluarga Malaysia (JMKM) di Melaka ini terus mendapat sambutan menggalakkan daripada masyarakat.

Orang ramai menyambut baik inisiatif dilaksana kerajaan melalui Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Melaka itu yang sedikit sebanyak memberi penjimatan dalam membeli barangan keperluan harian.

"Alhamdulillah, saya suka program ini, sebab ia dapat bantu orang ramai, dan saya pula dekat rumah cucu pun ramai..alhamdulillah jimat budak-budak suka mkana ayam, dapat beli tiga ke empat ekor hari ni, alhamdulilah," kata Lema Mustamin.

"Alhamdulillah saya rasa memang sangat membantu macam saya suri rumah dan jika harga walaupun potong RM1, tapi kalau beli banyak, saya dapat jimat banyak juga untuk perbelanjaan dapur," kata Salwani Abdul Samad


(Potongan harga Jualan Murah Keluarga Malaysia (JMKM) di sini)

"Membantu juga program sebegini, sebab barang semua murah, minyak, telur, beras, dan saya berharap program ini dapat diteruskan lagi kerana ia sangat membantu rakyat semua"kata Md Muadz Md Zydai

Harapan mereka program ini dapat terus dilaksana dari semasa ke semasa.

Sementara itu bagi pemilik premis pula, langkah dilaksana ini secara tidak langsung memberi peluang kepada mereka untuk promosi premis jualan kepada
orang ramai.

"Amat bagus sekali, program seperti ini diadakan sebab selain dapat membantu masyarakat untuk , mendapatkan harga barang murah dia juga turut membantu peniaga mempromosi kan kedai kami keseluruhan barang yang kami sediakan dalam 60,000 keseluruhan dalam sembilan item barang harian, gula, tepung minyak ikan sayur buah-buahan ," kata pemilik premis di sini Muhaamd Redzuan Phua.



Media Baharu