JOHOR BAHRU, 21 Ogos - Jualan buku terbesar dunia, Big Bad Wolf (BBW), kembali dengan skala lebih besar dan tawaran lebih menarik.
Pengunjung boleh meneroka lebih sejuta judul buku Bahasa Inggeris merangkumi fiksyen, bukan fiksyen, buku kanak-kanak, pendidikan, bantu diri dan banyak lagi, dengan potongan harga sehingga 95 peratus.
Menurut penganjur, Andrew Yap, misi utama penganjuran ini adalah untuk menjadikan buku mudah diakses oleh semua.
“Matlamat kami sentiasa untuk menjadikan pembacaan sesuatu yang mampu dimiliki semua orang. Sama ada membina perpustakaan peribadi atau menggalakkan anak membaca, pasti ada sesuatu untuk semua orang di Johor Bahru.”
Antara promosi eksklusif yang ditawarkan termasuk Rebat Segera Merdeka, dengan potongan menarik.
Selain itu, pelajar, guru dan penjawat awam menerima diskaun tambahan. Pengunjung yang lahir pada Ogos dan September juga berpeluang mendapat diskaun. Pengunjung turut boleh menyertai peraduan menarik.
Acara berlangsung dari 28 Ogos hingga 8 September 2025 di pusat beli belah di sini, dari pukul 10.00 pagi hingga 10.00 malam, setiap hari.
Jualan buku terbesar kembali lebih meriah ke Johor Bahru
powered by social2s