fb fb fb fb fb

Kempen Antibuli di Johor terima sokongan belia

Foto hiasan janaan AI

ISKANDAR PUTERI, 21 Ogos - Kempen Antibuli di Johor terus dipergiat dengan penglibatan pelbagai golongan, termasuk sokongan belia.

Rata-rata sukarelawan dari Southern Volunteers (SV) mengecam tindakan buli, khususnya dalam kalangan pelajar sekolah. Ia disifatkan memberi kesan buruk terhadap fizikal dan mental.

“Buli menunjukkan contoh yang tidak baik. Kita perlu elakkan perkara seperti ini daripada berlaku,” kata sukarelawan SV, Muhd Danial Izam Shamsir.

Seorang lagi sukarelawan, Nur Isbalqis Nor Iskandar berkata, “Kempen antibuli penting untuk diadakan khususnya kepada pelajar, kerana buli memberi kesan negatif kepada mental dan fizikal mereka.”

Mereka ditemui ketika menyatakan sokongan kepada kempen berkenaan, sebelum perlawanan pertama Piala Shopee antara Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Lion City Sailors FC di Stadium Sultan Ibrahim.

TUN JULIA MOHD TAHIR