fb fb fb fb fb

Tanah runtuh di Paya Terubong, tiada mangsa dilaporkan

Runtuhan berlaku di kawasan cerun berhampiran rumah kediaman.

GEORGETOWN, 21 Ogos - Satu insiden tanah runtuh berlaku di Jalan Paya Terubong, Ayer Itam, Pulau Pinang petang tadi.

Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, runtuhan berkeluasan kira-kira 225 kaki persegi itu, berlaku di kawasan cerun berhampiran rumah kediaman.

Bagaimanapun, tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kejadian berkenaan.

Pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Paya Terubong tiba di lokasi dua minit selepas panggilan kecemasan diterima pada pukul 3.41 petang. Operasi dilaksana dan tamat sepenuhnya pada pukul 5.10 petang.

Kerja-kerja pemantauan turut disertai Jabatan Kerja Raya (JKR), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan berkenaan, serta pejabat penghulu.

Keadaan kini terkawal dan pemantauan seterusnya diserahkan kepada JKR serta PDRM untuk tindakan lanjut.

TUN JULIA MOHD TAHIR