(Foto BERNAMA)
KUALA LUMPUR, 27 April- Penyediaan juadah Rumah Terbuka Malaysia Madani di Kedah melibatkan peniaga tempatan.
Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian Dalam Negeri, Wan Husbi Wan Mohd berkata usaha itu bagi mempromosi makanan tradisional sekaligus memperkasakan perniagaan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS).
"Apabila kita sebut sambutan atau rumah terbuka hari raya sudah tentunya menyediakan pelbagai juadah dan melibatkan pengusaha tempatan sekitar Kedah untuk bersama-sama dengan kerajaan menjayakan program ini," katanya ketika ditemui pemberita di sini.
Tambahnya, satu jawatankuasa ditubuhkan untuk memantau dan menjaga kualiti makanan agar bersih dan selamat.
Sebanyak 14 kategori juadah disediakan dalam Majlis Rumah Terbuka Malaysia Madani di Hotel Raia Alor Setar, Kedah.
(Foto BERNAMA)