fb fb fb fb fb

JSJN tahan 188 penjawat awam terlibat atas pelbagai kesalahan dadah

(Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kelantan berjaya menggagalkan tindakan dua lelaki
membawa bekalan dadah kepada 18,000 penagih di Jalan Rantau Panjang, Pasir Mas pada 9 April lalu/FOTO IPK Kelantan)

KUALA LUMPUR, 4 Mei - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan 62, 132 individu atas pelbagai kesalahan berkaitan dadah dan racun dalam pelbagai operasi yang dijalankan sejak awal tahun ini.

Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) PDRM berkata, daripada angka tersebut seramai 188 penjawat awam ditahan atas kesalahan sama bagi tempoh empat bulan pertama tahun ini.

Manakala empat daripada mereka ditahan mengikut Seksyen 3(1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) Langkah-Langkah Pencegahan Khas (LLPK) 1985.

"Daripada jumlah 62,132 orang tersebut, seramai 128 individu ditahan di bawah Seksyen 3(1) ADB Langkah-Langkah Pencegahan Khas (LLPK) 1985.

“Sejak awal tahun sehingga April, JSJN berjaya merampas sebanyak 7,917 kilogram (kg) pelbagai jenis dadah dan 1,379 liter pelbagai jenis cecair dadah.

“Sebanyak 31,856 kg daun ketum, 21,243 liter air ketum serta lapan batang pokok ganja bernilai RM213 juta turut dirampas.

“JSJN turut berjaya menumpaskan 118 sindiket yang melibatkan 366 tangkapan individu serta membongkar empat makmal dadah," katanya dalam satu kenyataan, di Facebook rasmi JSJN, semalam.

(Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kelantan berjaya menggagalkan tindakan dua lelaki
membawa bekalan dadah kepada 18,000 penagih di Jalan Rantau Panjang, Pasir Mas pada 9 April lalu/FOTO IPK Kelantan)

JSJN turut menahan empat ahli kimia serta menyita pelbagai aset milik sindiket bernilai RM32.8 juta manakala RM2.7 juta nilai harta yang telah dilucuthak.

Sementara itu, seramai 2,669 penagih dadah tegar yang mempunyai rekod kesalahan dadah berulang dimana 1,533 individu disabitkan kesalahan di bawah Seksyen 15(1)(a) ADB 1952 telah dituduh di bawah Seksyen 39C ADB 1952.

JSJN menambah, sepanjang tempoh itu, sebanyak 25,331 kertas siasatan dibuka.

"Daripada jumlah tersebut sebanyak 22,753 kertas siasatan berjaya dituduh dengan peratus pertuduhan adalah 89.82 peratus," tambah kenyataan itu lagi.

Media Baharu