fb fb fb fb fb

JPJ Perlis sita dua buah bas ekpress

KANGAR 1 Mei - Akibat gagal menyediakan dua orang pemandu dan bunga tayar haus berlebihan atau tayar botak, antara dua kesalahan serius yang dikesan oleh pihak JPJ Perlis semasa menjalankan pemeriksaan bas ekpress di Terminal Bas Bukit Lagi, Kangar, malam tadi.

Kedua-dua pemandu bas ekpress itu dikenakan tindakan dibawah Kaedah 10(b) dan Kaedah 105, Kaedah-kaedah Pengangkutan Jalan bagi kesalahan tiada pemandu kedua bagi setiap perjalanan bas ekpress dan tayar botak atau bunga tayar haus berlebihan.


(

Menurut Pengarah JPJ Perlis, Fatimah Mohamed Ali Piah, kedua-dua bas ekpress tersebut telah disita sementara oleh pihaknya, sehingga pihak pengusaha syarikat bas ekpress tersebut menyediakan dua orang pemandu dan menukar tayar bas yang tidak mematuhi piawaian yang ditetapkan oleh pihak JPJ.

Tindakan menyita sementara bas-bas ekpress tersebut demi keselamatan penumpang kerana sikap pengusaha bas ekpress yang gagal mematuhi peraturan dan piawaian yang ditetapkan oleh pihak JPJ.

Beliau memaklumkannya ketika mengetuai operasi khas sempena OPS Hari Raya Aidilfitri di Terminal Bas Bukit Lagi, Kangar

Media Baharu