fb fb fb fb fb

JPJ Perak kutip hampir RM130,000 hasil lelongan kenderaan sita

Pembida hadir lelongan awam membabitkan 50 buah kenderaan yang disita atas pelbagai kesalahan bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987

IPOH, 31 Julai- Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perak mengutip lebih RM129,000 hasil lelongan awam membabitkan 50 buah kenderaan yang disita atas pelbagai kesalahan bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987, tahun ini.
 
Timbalan Pengarah JPJ Perak Ab Aziz Awang Teh berkata, daripada jumlah tersebut sebanyak hanya 26 buah kenderaan boleh dilesenkan manakala lapan lagi adalah kenderaan klon.

"Kenderaan yang sudah hampir tamat tempoh di Singapura biasanya akan dibawa ke Malaysia dan diklonkan satu identiti yang  lebih kurang sama dengan kenderaan yang ada di sini.

"...itu yang kita panggil kenderaan klon," katanya kepada pemberita dalam majlis Lelongan Awam JPJ Negeri Perak di sini.
 
Seramai 98 pembida hadir pada sesi tersebut melibatkan jumlah keseluruhan harga rizab sebanyak RM61,400.
 
Harga rizab paling tinggi ialah RM22,400.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI