fb fb fb fb fb

JMKM DUN Paroi terima sambutan baik penduduk setempat

(Penduduk membeli barangan keperluan harian di Pasar Segar Shahril, Senawang)

PAROI, 1 Oktober- Kira-kira 2,000 ekor ayam disediakan untuk Jualan Murah Keluarga Malaysia (JMKM) di Pasar Segar Shahril, Senawang.

Pemilik perusahaan itu, Mohd Shahril Azizi berkata, "saya menyokong usaha murni kerajaan dalam membantu mengurangkan beban rakyat dan ini adalah kali kedua saya terlibat dalam JMKM."

Pelbagai jenis barangan keperluan asas turut dijual sehingga 20% lebih rendah daripada harga pasaran.

Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin turut turun padang bagi meninjau suasana JMKM di Dewan Undangan Negeri (DUN) Paroi.

JMKM di Negeri Sembilan mendapat kerjasama daripada Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) yang telah memperuntukkan RM4.5 juta untuk melaksanakan jualan tersebut di 36 DUN sehingga Disember depan.

(Khairy melawat ke JMKM di DUN Paroi)

Khairy turut menjelaskan, "kita minta program ini dapat dilaksanakan di semua DUN. Setiap ADUN dan penyelaras telah diberi maklumat untuk bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP)."

Orang ramai turut berharap agar JMKM dapat diteruskan demi menjaga kebajikan rakyat.

Mohd Hairudin Hanafah seorang pesara tidak ketinggalan membeli barangan keperluan harian sempena JMKM, "saya beli lebih sedikit berbanding kebiasaan. Macam beras, saya beli dua beg. Saya beli ayam empat ekor. Yang lian, saya beli gula dan minyak. Saya dapat banyak penjimatan."

Bagi Norazian Mohd, seorang pekerja pembersihan, "saya memang nak beli ayam sebab murah, telur, beras dan barangan keperluan lain memang ada dekat rumah. Jadi tidak membazir. Saya rasa JMKM memang membantu bagi mereka yang kurang berkemampuan, sebab kita pun bukan senang."

Media Baharu