fb fb fb fb fb

JKSM sedang mendraf Garis Panduan Pesalah Muda Jenayah Syariah

(Foto hiasan hukuman sebat di Aceh/REUTERS)

KUALA LUMPUR, 9 Ogos- Hukuman sebat ke atas pesalah muda tidak dinyatakan secara jelas dalam seksyen 125 Akta Prosedur Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan 1997.

Bagaimanapun seksyen 128 Akta berkenaan menyebut cara penghukuman ke atas pesalah yang ditakrifkan di bawah umur 16 tahun.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary berkata, hukuman alternatif yang berbentuk rehabilatif diamalkan di Mahkamah Syariah seperti teguran wajar oleh mahkamah dan juga bon berkelakuan baik, di bawah pengawasan ibu bapa dan penjaga.

"Jadi walaupun tidak disebut pengecualian hukuman sebat secara jelas tapi pihak Hakim Syarie diberi beberapa pilihan untuk mengenakan selain daripada hukuman sebat itu dengan hukuman berbentuk pemulihan, teguran, dan juga rehabilatif yang sesuai dengan keperluan kanak -kanak dan ini yang kebanykaannya di amalkan hakim hakim mahkamah syariah,"katanya.

Bagaimanapun menurutnya, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia sedang mendraf Garis Panduan Pesalah Muda Jenayah Syariah.

Ia bagi memastikan kebajikan pesalah-pesalah muda jenayah Syariah diberi perhatian sewajarnya ketika proses tangkapan, siasatan, pendakwaan dan setelah hukuman dijatuhkan.

Garis panduan ini akan diedarkan kepada mahkamah-mahkamah Syariah negeri untuk dikuatkuasakan melalui Arahan Amalan yang dikeluarkan oleh Ketua Hakim Syarie Negeri-Negeri.

Beliau menjawab soalan Senator Fadhlina Datuk Sidek.


(Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary)

Media Baharu