fb fb fb fb fb

JKPK KSJ syor tambah baik akta sedia ada tangani penipuan dalam talian

KUALA LUMPUR, 10 April- Jawatankuasa Pilihan Khas Kesejahteraan Rakyat (JKPK KSJ), Majlis Dewan Negara mengesyorkan penambahbaikan dalam akta-akta sedia ada bagi menangani masalah penipuan dalam talian yang semakin berleluasa.

Pengerusi jawatankuasa tersebut, Senator Datuk Sri Dr Mohamad Ali Mohamad memaklumkan kerugian disebabkan jenayah siber mencecah hampir RM500 juta setiap tahun.


(Pengerusi jawatankuasa berkenaan Senator
Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad)

"Mengesyorkan pihak Kerajaan supaya menambah baik akta-akta sedia ada seperti Kanun Keseksaan, Kanun Prosedur Jenayah (CPC), Akta Perkhidmatan Kewangan 2013, Akta Keterangan 1950, Akta Jenayah Komputer 1997 dan Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998.

"Mengkaji keperluan untuk mewujudkan akta baharu supaya hukuman yang lebih berat dapat dikenakan ke atas penjenayah 'scammer'", katanya pada sidang media di bangunan Parlimen.

Beliau berkata jawatankuasa itu turut mengesyorkan agar pihak Kementerian seperti Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Komunikasi dan Digital serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup memperkukuhkan kerjasama dalam menyelaras perlaksanaan undang-undang untuk membanteras kegiatan jenayah tersebut.

Media Baharu