fb fb fb fb fb

JKNT keluarkan 1,781 notis kesalahan merokok di kedai makan

(FOTO FAIL)

KUALA TERENGGANU, 22 Jun - Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) mengeluarkan kompaun sebanyak RM440,200 kepada perokok yang merokok di kawasan kedai makan.

Pengarah JKNT, Datuk Dr.Kasemani Embong berkata sebanyak 1,781 notis kesalahan dikeluarkan hasil operasi di seluruh negeri sejak bulan Januari hingga Jun tahun ini.

Menurutnya, jumlah itu menunjukkan peningkatan berbanding tahun lalu hanya 943 notis dikeluarkan dengan nilai anggaran RM240,000.

Tindakan itu diambil mengikut Peraturan 11 (1d) dan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004 pindaan 2018.


(Foto fail)

"Sepertimana yang pada tahun ini kita, orang kata premis makanan telah pun dibenarkan beroperasi sehingga pukul 12, sehingga 24 jam jadi lebih berpeluanglah sebenarnya untuk mereka-mereka ini menghisap rokok di premis-premis makanan ini," kata beliau ketika ditemui selepas menyertai Operasi Gomo Asap Malam, di sini.

Sebanyak 75 premis makanan di sekitar Kuala Terengganu, Kuala Nerus dan Marang diperiksa dalam operasi melibatkan 55 pegawai dari Unit Inspektoran dan Perundangan Jabatan.

Media Baharu