fb fb fb fb fb

JKNJ keluarkan 62 notis kompaun

JOHOR BAHRU, 18 Julai- Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) mengeluarkan 62 notis kompaun bernilai RM15,500 terhadap pelanggan restoran kerana merokok di dalam premis di seluruh Johor, semalam.

Operasi bersepadu ini melibatkan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) serta Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).

Pengarah Kesihatan Johor, Datuk Dr Aman Rabu berkata, 28 notis atas kesalahan menjual atau menawarkan jualan rokok di bawah harga minimum.

Tujuh lagi notis atas kesalahan menjual atau menawarkan jualan hasil tembakau dengan harga runcit tidak diluluskan.

Tindakan mengikut Peraturan 11 (1) (D) Peraturan - Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004, Peraturan Lapan C (1) dan Peraturan Lapan A (5A) peraturan yang sama.

Beliau menyertai operasi di beberapa premis sekitar Taman Sentosa, di sini.

Pengarah Kesihatan Johor, Datuk Dr Aman Rabu

Sementara itu, 2,515 notis kesalahan bernilai RM628,750 dikeluarkan JKNJ sejak awal tahun hingga 13 Julai lalu.

1,983 notis daripadanya atas kesalahan merokok di kawasan larangan merokok.

Media Baharu