fb fb fb fb fb

JKM Bera kesan ibu bapa kandung kanak-kanak lelaki

Foto RTM

BERA, 4 Julai- Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Bera sedang mengesan ibu bapa kandung atau waris kanak-kanak yang menghilangkan diri sejak awal tahun ini.

Pelindung kanak-kanak JKM Bera, Siti Nor Ezati Binti Jamaluddin berkata kanak-kanak berkenaan, Muhammad Razif Rossi Bin Mohamad Fairul Redzuan telah ditinggalkan oleh kedua-dua ibu bapa kandungnya sejak berusia tiga tahun.

"Pihak jabatan telah mencuba mengesan ibu bapa kanak-kanak tersebut di alamat terakhir mereka namun gagal menemui ibu bapa kanak-kanak tersebut.

"Sehubungan itu, Jabatan ini memohon ibu dan bapa kandung kanak-kanak untuk tampil ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Bera, atau mana-mana individu yang mengenali waris kanak-kanak bagi memberikan maklumat yang dapat membantu Jabatan mengesan ibu bapa kandung kanak-kanak",katanya dalam satu kenyataan di Facebook Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Bera.

Tambah kenyataan itu lagi, maklumat daripada orang ramai dapat membantu mahkamah membuat keputusan terbaik bagi penempatan dan kebajikan Muhammad Razif Rossi.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD